30.11.11

Kawan dan Pilihan

KAWAN mampu menjadi apa sahaja :)


Dunia menyajikan kita dengan pelbagai pilihan kawan. Ada yang baik, ada yang buruk. Ada yang pandai, ada yang pandir. Ada yang suci, ada yang jahil.

Jadi siapa pilihan kita?

1) Kawan macam chipsmore? 

Kawan macam ni sekejap ada, sekejap hilang. Kita tidak mampu menjangkakan kawan kita bersama kita atau tidak disaat kita perlukan dia. Kadang-kadang, dia mampu menjadi orang yang sangat membahagiakan kita. Namun, pada masa yang sama dia akan menjadi manusia yang paling MENGECEWAKAN !

2) Kawan macam lintah?
Kawan yang macam lintah biasanya akan sentiasa bersama kita disaat hati kita sangat sakit. Dia akan datang untuk menyedut semua kedukaan yang kita alami sampai kita rasa okey. Kemudian, slow- slow kawan tu akan pergi dari kita. Waktu dia dah pergi, barulah kita rasa dia sangat bermakna. SADIS !


3) Kawan macam hati?
Kawan yang mampu merasai apa sahaja yang kita lalui. Susah, senang, sakit, suka, duka, sakit perut, pening kepala, nak pitam semua dia tau.. Kadang- kadang dia tau tentang diri kita lebih dari kita sendiri. 



*kalian adalah kawan yang sentiasa di hati*


No comments:

Post a Comment